Skip to main content

Sukan Lain

Toyota Gazoo Racing: Juara program rookie lahir dari universiti tanpa latar belakang permotoran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

grand

Perkembangan sukan permotoran empat roda, saingan Toyota Gazoo Racing (TGR) 2025 musim kelapan melabuhkan tirainya semalam.

Selain menawarkan persaingan kompetitif melibatkan pemandu elit, penganjuran TGR turut melahirkan permata baru sukan permotoran negara menerusi keberkesanan program rookie Toyota Gazoo Racing.

Advertisement

Sejak perkenalan program rookie pada 2021, deretan pemandu berkualiti berjaya dilahirkan hasil penekanan khusus program dibawah tunjuk ajar dan pengaruh lagenda permotoran negara, Alex Yoong.

Juara keseluruhan program rookie Toyota Gazoo Racing 2025 menjadi milik Justin Rahul Dev. Malah, bakat Justin turut dikesan menerusi inisitatif TGR Campus Tour pada 2023.

Program ini menuntut peserta dikalangan pelajar di universiti menunjukkan kemahiran menerusi kejohanan di pentas alam maya simulator e-sukan.

Dua tahun berlalu, Justin muncul juara keseluruhan program rookie TGR di litar ikonik, Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

 

 

 

 

"Program TGR rookie ini sangat penting buat diri saya, pada awalnya terdapat cabaran emosi yang menggangu prestasi, dalam pertengahan saya fahami perlu lebih tenang dan rendah diri jika mahu menjadi juara.

"Saya berasakan program ini perkara yang bagus dalam sukan empat roda Malaysia, ia memberikan peluang kepada pemandu yang tidak pernah berlumba," katanya. jelas juara rookie TGR, Rahul Dev.

"Pemandu terbaik dalam negara lahir daripada program rookie ini sekarang seperti Harkiesh Geeva, Naquib Azlan, Nabil Azlan, dan Putera Adam.

"Program ini melahirkan lebih ramai pemandu berkualiti di seluruh Asia Tenggara dalam tempoh lima tahun penganjuran dengan hamper 25 pelumba hingga 30 berbakat muncul."

"Program ini sudah berakhir hari ini, tetapi ini satu permulaan karier permotoran buat mereka." tambah mentor dan jurulatih Utama program rookie TGR, Alex Yoong.

 

Must Watch Video