Skip to main content

Sukan Lain

Toyota Gazoo Racing: Gandingan Alister Yoong-Aman Nagdev ungguli kategori classic challenge

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dsa

Dalam kategori yang baru diperkenalkan dalam saingan TGR Classic Challenge menyaksikan kesinambungan legasi Alex Yoong menerusi anaknya Alister Yoong yang muncul juara perlumbaan pertama dan kedua.

Saingan classic challenge merupakan perlumbaan siri tanpa senarai juara keseluruhan dengan objektif utama untuk memberikan pendedahan pelumba muda beraksi menggunakan jentera Toyota Vios generasi satu dan dua.

Advertisement

Alister yang memacu jentera pasukan Axle Sport selaku pemandu pertama bergandingan bersama Aman Nagdev dalam perlumbaan berformat satu jam saingan itu.

Dia dan Aman kekal berada di kelas tersendiri dan memgungguli perlumbaan menerusi kelebihan 5.480s (saat) meninggalkan pencabar terdekat, Surasak Dakeng dan Varunchit dalam kedudukan kedua terbaik.

"Dia melakukan dengan baik apabila mendahului dalam kedua-dua perlumbaan, kami memandang kehadapan untuk perlumbaan pada musim depan." jelas Aman.

"Semestinya, saya bangga membawa nama itu, saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan dan kami boleh meraikan kejayaan itu." kata Alister. 
 

Must Watch Video