Skip to main content

Sukan Lain

Toyota Gazoo Racing: Ady Rahimy takluk perlumbaan pertama pusingan keempat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

toyota gazoo racing

Bahang kehangatan saingan perlumbaan pertama pusingan keempat Toyota Gazoo Racing jelas terasa di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Tumpuan terarah kepada saingan Super Sporting, di mana Ady Rahimy Rashid mempertahanakan kelebihan yang dimilikinya untuk menakluki perlumbaan kali ini.

Advertisement

Ady Rahimy, yang memandu jentera Laser Motor Racing, bijak mengatur strategi pada ketika jenteranya hanya memikul bebanan 10 kilogram "success ballast", sekali gus memiliki kelebihan ketika memecut di dua zon pecutan.

Ini merupakan kemenangan keduanya sepanjang tujuh perlumbaan musim ini untuk kini menduduki tangga ketiga keseluruhan.

"Sejak dari petak utama, saya dapat buka jarak yang amat selesa untuk memenangi perlumbaan ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

"Kemudian, kereta keselamatan masuk berbaki dua pusingan sebelum tamat, jadi ia amat mencabar kerana seperti bermula semula.

"Saya hanya kekal fokus dan dapat bermula semula dengan baik sebelum melebarkan pendahuluan."

 

Must Watch Video