Pemain warisan negara, Richard Chin, dilaporkan mengalami kecederaan dalam perlawanan Scottish League One ketika membantu pasukkannya melakar keputusan seri 2-2 berdepan East Fife di Stadium Bayview, Scotland, bari-baru ini.
Pemain tengah Ross County berusia 23 tahun itu terpaksa dibawa keluar pada minit ke-55 dan digantikan dengan Jack Turner.
Untuk rekod, Richard telah melakukan 12 penampilan dengan meledak tiga gol buat pasukannya, yang ketika ini berada di kedudukan kedua dalam carta liga dengan 13 mata selepas lima perlawanan.
🏴 Injury concerns for Richard Chin after Ross County were forced to sub him out during their 2-2 draw with East Fife on Saturday. https://t.co/kiUg9dYe2D
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) September 5, 2026
Richard yang beraksi buat saingan divisyen kedua Liga Scotland itu pernah menyarung jersi skuad Harimau Malaya ketika berdepan Palestin di Stadium Sultan Ibrahim pada September 2025.