Ditubuhkan pada 2019, pasukan Todak Gaming dikenang sebagai juara tiga kali liga profesional Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Malaysia dan pernah mewakili Malaysia sebanyak tiga kali ke Kejohanan Dunia.
Todak Gaming mengumumkan menutup semua divisyen e-sukan, rata-rata peminat berkongsi pendapat tentang hala tuju pasukan tersebut.
Advertisement
"Sedih sedikit tapi ini adalah keputusan strategik.
"Keputusan ini setelah pertimbangan selama setahun lebih. Kami masih dalam e-sukan tapi (peranan) kami lebih ke arah membantu.
"Objektif kami untuk perkenalkan jenama berjaya tapi saban hari kami menerima banyak tawaran e-sukan yang lain.
"Sedar tak sedar, kami ada banyak divisyen termasuk kakitangan hampir 100 orang -- terlalu ramai -- dan ia bukan objektif utama kami.
"Ia bermain dalam fikiran dalam pengurusan tertinggi jadi kami perlu perbetulkan untuk jangka masa panjang," kata naib presiden Todak Gaming, Roslan Rashid.
Begitupun, Roslan menjelaskan sebelum pengumuman itu mereka telah bertindak meminjamkan pemain mahupun melepaskan secara percuma tatkala mereka sedang menetapkan hala tuju baru.
"Mereka berbakat dan ada yang diserap ke syarikat dan Akademi Todak.
"(Penutupan kami) bukan sebab kewangan atau kalah tapi kami ada perancangan penajaan yang lain.
"Mungkin kami bertambah baik, kami tidak lagi bertanding.
"Kami bukan lagi pasukan tapi sebagai rakan strategik kepada individu yang menjayakan ekosistem e-sukan," katanya lagi.