Daripada menjadi mangsa simbahan asid, ke pentas malam kemuncak Liga M Award 2026 sebagai pemenang!
Penyerang Selangor, Faisal Halim, mengakui dirinya masih belum mencapai tahap seperti dahulu, meskipun dinobatkan Penyerang Terbaik Liga Malaysia 2025/26 dalam a-b-k yang kini dikenali Liga M Awards 2025/26.
Kemenangan itu bukan sekadar trofi individu pertama dalam kariernya, malah menjadi simbol kebangkitan luar biasa buat kapten Selangor itu selepas melalui detik hitam dalam kariernya apabila menjadi mangsa simbahan asid pada 2024.
Meledak 17 gol secara keseluruhan musim lalu, Faisal mengenepikan dua pencabar lain, Safawi Rasid dan Ramadhan Saifullah.
"Sebelum saya sakit, saya pemenang kasut emas dan pilihan Kesebelasan Utama Terbaik, itu kali terakhir saya menang.
"Anugerah ini untuk membakar semangat saya selepas jalani pemulihan dalam bola sepak, berjuang satu musim. Banyak perkara saya sudah lalui.
"Sudah tentu, saya rasa saya mampu beri saingan lebih baik, prestasi lebih baik daripada sekarang, dengan kecederaan, pemulihan (sebelum ini) adalah titik terendah dalam hidup saya, untuk saya kembali ke prestasi asal bukan perkara mudah. Walaupun menang, saya tak rasa saya berada di tahap saya dahulu, saya masih bekerja keras." katanya.