Pertahanan Selangor, Safuwan Baharuddin, menyelar tindakan serta tingkah laku yang 'tidak mempunyai semangat kesukanan' sebagai tidak boleh diterima dan tiada tempat dalam sukan bola sepak.
"Menang dan kalah adalah adalah sebahagian daripada bola sepak, sama seperti ia sebahagian daripada kehidupan kita. Semua orang mahu berada di pihak yang menang.
"Malangnya, malam tadi kami gagal meraih kemenangan dan kami perlu menerima keputusan itu serta bertanggungjawab terhadap perkara yang berada dalam kawalan kami.
"Apa yang berlaku di luar keputusan perlawanan itu lebih sukar untuk diterima. Tingkah laku yang tiada semangat kesukanan yang kami saksikan adalah tidak boleh diterima dan tidak mempunyai tempat dalam bola sepak.
"Ia memberi kesan yang mendalam kepada saya dan sehingga kini saya masih sukar mempercayai apa yang kami lihat. Menang atau kalah, kami tetap berpegang kepada standard yang sama.
"Kami menghormati permainan, lawan kami dan semua yang datang memberikan sokongan kepada kami. Itulah siapa kami. Itulah Selangor." katanya menerusi laman Instagram.