Skip to main content

Bola Sepak

Tinggalkan kelab Indonesia, Ong Kim Swee kembali ke Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DOKS

Ke manakah hala tuju Datuk Ong Kim Swee selepas ini?

Bekas ketua jurulatih Sabah itu sah meninggalkan kelab Indonesia, Persik Kediri, selepas hampir lima bulan membimbing pasukan itu. Sebelum ini, Kim Swee turut penah melatih Persis Solo musim lalu.

Advertisement

Kini, destinasi terbarunya menjadi tanda tanya. Di manakah khidmatnya diperlukan?

Dalam satu kenyataan perpisahan oleh Persik Kediri, kelab itu seperti memberi bayangan bahawa Ong Kim Swee menerima tawaran di Malaysia dengan keluarga menjadi faktor utama, namun belum ada pengesahan rasmi.

Sebelum ini juga dia menafikan perpindahan ke Terengganu menurut laporan Stadium Astro pada awal November lalu.

Untuk rekod, pengendali berusia 54 tahun itu pernah mengetuai pasukan Harimau Muda dan skuad utama Harimau Malaya. 

Must Watch Video