Skip to main content

Golf

Tiger Woods, bekas isteri bersatu raikan langkah baharu Charlie dalam golf

Tiger Woods, bekas isteri bersatu raikan langkah baharu Charlie dalam golf
Advertisement

Tiger Woods dan bekas isterinya, Elin Nordegren mengetepikan perbezaan demi meraikan satu detik penting dalam perjalanan golf anak mereka, Charlie, yang bakal memulakan karier golf peringkat kolej bersama Florida State University pada 2027.

Charlie, pelajar tahun akhir The Benjamin School, secara rasmi mengesahkan komitmennya untuk menyertai pasukan golf universiti itu menerusi majlis menandatangani surat komitmen semalam.

Advertisement

Majlis berkenaan turut menyaksikan kehadiran kedua-dua ibu bapanya yang kelihatan bangga ketika bergambar bersama Charlie dengan mengenakan warna rasmi Florida State, selain jurulatihnya, Toby Harbeck.

Nordegren dilaporkan sentiasa berada di sisi anaknya sepanjang perjalanan itu, termasuk ketika pasukan The Benjamin School, dikenali sebagai Buccaneers, mencatat rekod tanpa kalah dalam kempen menuju ke kejohanan negeri Florida.

Advertisement

Charlie yang juga antara kapten pasukan kini memburu gelaran ketiga dalam tempoh empat musim bersama pasukan sekolahnya.

Pelajar berkenaan turut berpeluang menutup karier sekolah menengahnya dengan kejayaan apabila The Benjamin School bakal beraksi pada kejohanan negeri Florida bulan ini.

Tiger, pemenang 15 gelaran utama, dijangka hadir ke Mission Resort untuk memberikan sokongan kepada anaknya dalam kejohanan tersebut.

Legenda golf itu memainkan peranan penting dalam perkembangan Charlie, termasuk membantu meningkatkan kemahiran permainan pendeknya, berkongsi pengalaman serta memberikan tunjuk ajar kepada pemain lain di The Benjamin School.

Tiger juga pernah menjadi kedi kepada Charlie dan dilaporkan tidak pernah terlepas menyaksikan penyertaan anaknya dalam kejohanan negeri sebelum ini.

Charlie kini bakal mengikuti jejak bapanya dalam dunia golf, namun dengan laluan tersendiri apabila menyertai pasukan Seminoles di Tallahassee bermula 2027.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video