Tiga wakil Liga Super mara ke pusingan kedua Piala Malaysia 2026 selepas masing-masing melepasi ujian awal, sebentar tadi.
Kuching City yang prestasinya diragui minggu lalu apabila diikat tanpa jaringan di kubu Kelantan Red Warriors, bangkit menyusun aksi lebih bertenaga untuk melakar agregat kemenangan 5-1 di Cheras.
Sementara itu, hasrat UM Damansara United untuk mencipta magis di Stadium Sultan Ubrahim lebur apabila mereka dibaham Harimau Selatan 10-0.
Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dibarisi pemain yang berstatus bintang tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi tandukan Eddy Israfilov pada minit ke-6 sebelum menutup separuh masa pertama dengan 3-0.
Dan ibarat harimau yang terluka gara-gara dibolosi dalam kemenangan 4-1 hasil pertemuan pertama, UM Damasara menjadi amukan anak buah Xisco Munoz yang menuntut komitmen tinggi daripada anak buahnya, seterusnya memacu kemenangan agregat 14-1.
Di Kangar, Star City mengelak maruah mereka daripada tercalar apabila menundukkan Kedah FA 2-0 untuk layak dengan agregat 4-2, sekali gus memberi kelegaaan buat pasukan kendalian Mehmet Durakovic itu selepas dikritik ekoran diikat 2-2 dalam aksi pertama.