Skip to main content

Bola Sepak

Tiga tahun di Jerman, pemain Destiny FDC dipupuk mentaliti permainan pantas

jjjj

Berada dalam kalangan 12 pasukan terbaik dalam penampilan sulung dalam sebuah kejohanan di Jerman, Destiny FDC membuktikan potensi dan keupayaan bakat-bakat muda <alaysia untuk bersaing di pentas antarabangsa.

Pengasas Destiny FDC, Henry Aylwin Skelchy, menegaskan slogan 'trust the process' menjadi elemen penting dalam pembentukan pemain muda menerusi pendedahan dan pengalaman eksklusif berkenaan.

Pengalaman tiga tahun berguru di negara Eropah itu memberi banyak ilmu dan pendedahan baharu kepada Premjeet Dhaliwal, khususnya dalam memahami falsafah bola sepak negara itu untuk menganggap laluan yang dibina oleh akademi tersebut sebagai platform terbaik untuk pemain muda negara ini mencabar diri dan mengembangkan potensi di peringkat antarabangsa.

Dalam temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Premjeet yang mewakili TSV Gau-Odernheim turut berkongsi mengenai perancangan masa depannya, termasuk kemungkinan untuk pulang ke Malaysia bagi meneruskan perkembangan kariernya.

"Henry Aylwin telah membuka jalan untuk kami peluang bermain di Jerman, saya akan sentiasa kenang budinya.

"Penghijrahan awal memang sukar kerana bahasa dan budaya yang berbeza.

"Aksi di sini menerapkan permainan pantas. Dalam masa sama fizikal dan dan teknik boleh dilatih, tapi aspek mentaliti sukar untuk dibentuk.

"Kami diterap untuk bermain sebagai sebuah pasukan, saya berharap rakan senegara yang lain mengambil peluang sebegini.

"Saya bersikap terbuka, saya sedia mendengar sebarang tawaran.

"Tapi tumpuan utama saya ketika ini adalah latihan di sini. Saya tidak menolak peluang untuk beraksi di pentas tertinggi di Malaysia.

"Penghijrahan ke Jerman banyak membentuk saya sebagai seorang pemain.

"Saya kini adalah pemain yang berbeza dan apabila hadir tawaran yang sesuai, maka saya sedia menyahutnya," katanya ketika diwawancara di Mainz. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video