Ketua jurulatih England, Thomas Tuchel, tidak mempunyai pilihan selain membuat perubahan menjelang perlawanan persahabatan seterusnya menentang Jepun di Stadium Wembley, Selasa ini.
Masalah kesihatan dan kecederaan menghimpit kem naib juara Euro 2024 itu selepas lapan pemain meninggalkan pasukan sejak semalam.
Advertisement
Setelah seri 1-1 dengan Uruguay dalam aksi terdahulu, The Three Lions mengumumkan senarai tonggak yang terkeluar daripada skuad selepas beberapa pemain mengalami kecederaan menyebabkan perubahan pada 35 pemain yang dipilih oleh bekas pengendali Chelsea itu sebelum ini.
Penjaga gol, Aaron Ramsdale, Fikayo Tomori dan Dominic Calvert-Lewin adalah antara yang telah pulang awal ke kelab, dengan pemain pertahanan, John Stones, kembali ke Manchester City selepas mengalami kecederaan sebelum permainan baru-baru ini, manakala Adam Wharton (Crystal Palace) dan Noni Madueke (Arsenal) kedua-duanya cedera dalam aksi tersebut.
🚨 Declan Rice and Bukayo Saka leave England camp for “medical assessment”.
John Stones and Noni Madueke also return to clubs due to injury
Aaron Ramsdale, Fikayo Tomori, Adam Wharton, Dominic Calvert-Lewin have left the camp too. pic.twitter.com/G5UFNyzTeL— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 28, 2026
Rakan sepasukan Madueke di Arsenal, Declan Rice dan Bukayo Saka juga telah kembali ke kelab London Utara itu.
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah mengembangkan saiz skuad menjelang Piala Dunia tahun ini kepada 26 pemain.
England akan menentang Croatia, Ghana dan Panama dalam Kumpulan L.