Skip to main content

Olimpik

'Tidak mustahil sukan memanah boleh jadi penyumbang pingat buat negara di Sukan Olimpik '

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

men

"Fokus sokongan untuk naik ranking"

Itu antara perkongsian penaung Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia, Datuk Sri Reezal Merican, yang memberikan insentif khas berjumlah RM28,000 secara keseluruhan kepada pemanah negara yang memenangi pingat di temasya Sukan SEA Thailand 2025.

Advertisement

Perkara itu juga ditambah dengan misi bagi memberikan sokongan padu kepada barisan pemanah muda negara untuk fokus menaikkan ranking dunia sekali gus mengikut jejak langkah senior sebelum ini.

"Hari ini saya ambil kesempatan untuk meraikan pemenang pingat di Sukan SEA Thailand, kami menang satu emas, empat perak dan dua gangsa, sememangnya tidak menepati sasaran.

"Saya melihat ada potensi pelapis seperti pemenang perak recurve individu yang masih muda dari Sarawak, saya mahu dia mendapat ranking dalam penyertaan di kejohanan besar," katanya.

Sementara itu, Reezal juga mengakui musim 2026 akan menjadi tahun yang sibuk menjelang Sukan Asia Nagoya-Aichi 2026.

Namun, ia juga bakal menjadi medan persiapan terbaik barisan pemanah untuk Sukan SEA Malaysia 2027 sebelum menggegar Sukan Olimpik Los Angeles 2028 nanti.

"Keutamaan di Nagoya nanti yang ada pemanah dari Korea Selatan, India, dan China dan kuasa besar sukan memanah, jika bersaing dengan mereka dengan iklim dengan nama-nama besar seperti itu.

"Tanpa meletakkan harapan yang mampu memberikan tekanan berlebihan, saya berasakan tidak mustahil sukan memanah boleh menjadi penyumbang pingat buat negara dalam kejohanan Sukan Olimpik nanti." ujarnya.
 

Must Watch Video