Skip to main content

Advertisement

Hoki

'Tidak kira sekolah sukan atau tak, kami akan bantu'

Saiful

Saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2026 bakal menjadi kayu pengukur dan indikasi awal kekuatan dan kematangan pemain skuad hoki remaja lelaki negara, yang dicanang untuk dibentuk menjadi pasukan ampuh menuju kitaran Piala Dunia Remaja seterusnya.

Legenda hoki negara, Nor Saiful Zaini, terus diberi mandat mencari dan mengasah bakat terbaik negara menerusi pendedahan aksi kompetitif sepanjang tahun ini.

Advertisement

Ideologi Saiful Zaini tetap sama -- pintu skuad hoki remaja negara terbuka luas buat pemain daripada latar belakang berbeza, dan tidak hanya khusus buat pemain dari sekolah sukan seluruh Malaysia.

Saiful dan ketua jurulatih The Speedy Tigers, Brendon Carolan, akan bekerjasama menyediakan ekosistem terbaik buat bakat remaja ke skuad utama pada masa hadapan.

"Tidak kira daripada sekolah sukan atau tidak, kami boleh membantu anda untuk belajar merasai permainan antarabangsa.

"Saya juga bukan datang daripada sekolah sukan.

"Anda ada bakat atau mahu cuba, saya sangat alu-alukan," katanya di Nadi Arena.

Must Watch Video