Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengumumkan kelab tuan rumah dalam saingan Bundesliga perlu menanggung kos tambahan bagi kawalan keselamatan petugas keselamatan ataupun polis dalam perlawanan yang berisiko tinggi.
Badan induk bola sepak Jerman itu memindahkan bebanan kos tambahan kawalan keselamatan polis itu kepada pasukan tuan rumah.
Keputusan itu diambil selepas Mahkamah Perlembagaan Persekutuan negara itu memutuskan kelab-kelab Bundesliga sendiri perlu bertanggungjawab menanggung kos bagi memastikan keselamatan penyokong ketika perlawanan terkawal.
Perkara itu susulan keputusan tahun 2025 berpunca daripada aduan yang difailkan oleh Liga Bola Sepak Jerman --badan yang menguruskan dua divisyen tertinggi liga-- berhubung undang-undang tempatan di Bremen yang mewajibkan kelab membayar bahagian mereka bagi kos tambahan itu.
Presiden DFB, Bernd Neuendorf, dalam satu kenyataan berkongsikan: "Sekiranya DFB menerima notis bayaran bagi kos polis, kami akan memindahkan kos tersebut kepada kelab-kelab berkenaan.
"Walau bagaimanapun, kami tetap berpendapat bahawa mengenakan bayaran untuk kos polis adalah pendekatan yang salah." kongsinya.