Skip to main content

Bola Sepak

'Tiada kompromi. Jika ada salah laku, serahkan kepada pihak berwajib'

KBS

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohd Taufiq Johari, menegaskan kerajaan sentiasa terbuka untuk sebarang usaha memperkukuh ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan dana.

Bagaimanapun, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan mencampuri urusan dalaman atau keputusan yang dibuat oleh persatuan sukan, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Namun, audit yang dijalankan perlu diteliti mengikut lunas undang-undang.

Sekiranya terdapat sebarang salah laku atau pelanggaran peraturan, khususnya yang melibatkan penggunaan dana awam, tindakan sewajarnya harus diserahkan kepada pihak berkuasa tanpa sebarang kompromi.

"Bagi saya, audit telah dilaksana.

"Kemudian, kita akan melihat apakah langkah-langkah yang bersesuaian dengan undang-undang.

"Jika ada kesilapan dan salah laku, kita serahkan kepada pihak berwajib dan tidak akan ada kompromi.

"Di peringkat KBS, kami tidak mencampuri urusan persatuan tetapi jika ada yang melangkaui batas perundangan, perkara tersebut wajar dilaksanakan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

Must Watch Video