Skip to main content

Sukan Lain

Tiada isu pilih kasih, SHAKAM buat atlet pekak seragam dengan atlet normal, para -- Jefri Ngadirin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Jefri

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, melihat pemberian Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) meliputi pembahagian khas kepada atlet pekak merupakan inisiatif terpuji dicipta bersama atlet normal serta para.

Maka, tidak timbul lagi isu pilih kasih apabila pemberian kini meliputi hampir semua kategori atlet termasuk penambahan.

Advertisement

SHAKAM terkini turut merangkumi cabang e-sukan dengan pemenang pingat emas Sukan Olimpik serta Olimpik Musim Sejuk bagi memberi semangat kepada mereka untuk berjuang dengan kompetitif.

"Kalau sebelum ini atlet pekak perlu memohon dahulu untuk mendapatkan skim insentif khas berbanding keputusan Lembaga Pengurusan MSN tahun lalu yang telah memasukkan kejohanan serta temasya utama sukan pekak ke dalam SHAKAM, jadi mereka tidak perlu lagi memohon kerana mereka sudah sedia ada berada dalam kelompok yang menerima insentif tersebut," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Sementara itu, Jefri turut melontar keyakinan mensasarkan Malaysia sebagai juara keseluruhan pada Sukan SEA 2027 dan naib juara Sukan Para ASEAN 2027 apabila beraksi sebagai tuan rumah.

"Semua sudah sedia maklum yang kita mahu menjadi juara keseluruhan pada 2027 dan ini merupakan langkah awal untuk persiapan kontinjen, kalau bagi kontinjen para pula sasaran kita adalah menjadi naib juara.

"Untuk sukan para cabarannya lebih besar memandangkan Thailand dan Indonesia merupakan kuasa besar dalam sukan para, jadi sudah pasti kita perlu merangka strategi tertentu bagi membolehkan kita meraih pingat emas yang banyak," jelas Jefri Ngadirin lagi.

Must Watch Video