Skip to main content

Sepak Takraw

Thailand faham peraturan... atau hanya faham bila menang?

ISTAF

Perlawanan akhir Piala Dunia ISTAF yang berlangsung baru-baru ini sepatutnya menjadi lambang perpaduan dan semangat kesukanan tetapi bertukar panas apabila kem Thailand didakwa mempertikaikan perjalanan perlawanan sehingga pemain diarahkan tidak meneruskan aksi.

Persoalannya mudah -- Thailand benar-benar faham peraturan, atau hanya menerima undang-undang apabila keputusan memihak kepada mereka?

Dalam mana-mana kejohanan antarabangsa, keputusan pengadil perlu dihormati.

Lebih memalukan ada dikalangan pegawai Thailand yang mengarahkan pemain-pemain meninggalkan gelanggang di mana sepatutnya merekalah yang akan menjadi perantara bagi memulihkan keadaan. Sebaliknya pula yang berlaku.

Persoalannya di mana letaknya profesionalisme sebuah kuasa besar sepak takraw dunia?

Buat pasukan Malaysia, syabas kerana kekal tenang pada malam kejadian.

Malaysia tidak mencetuskan kekecohan, tidak mencampuri keputusan pengadil dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak teknikal serta Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) untuk menentukan tindakan selanjutnya.

Terbaru Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah mengemukakan surat bantahan kepada ISTAF yang dilihat tepat demi mempertahankan maruah kejohanan dunia.

Final Piala Dunia bukan pentas drama atau emosi, tetapi gelanggang untuk menunjukkan disiplin dan rasa hormat terhadap sukan.

Peribahasa Melayu ada menyebut: “Menang jadi abu, kalah jadi arang.”
Jika ego mengatasi semangat kesukanan, akhirnya imej sukan itu sendiri yang akan tercalar di mata dunia.
 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video