Skip to main content

Bola Sepak

Teruk! Krisis terus memuncak, UEFA boikot FIFA, Piala Dunia

FIFA

Sebagai salah satu konfederasi bola sepak terbesar di dunia, Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA), tidak teragak-agak untuk mengharamkan semua kejohanan di bawah anjuran Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika badan induk itu meneruskan usaha menjual "jiwa bola sepak" kepada sektor luar.

Dengan amaran jelas, UEFA menegaskan tiada satu pun negara atau pasukan kebangsaan di bawah bidang kuasanya akan menyertai mana-mana kejohanan termasuk Piala Dunia jika FIFA tidak membatalkan hasrat yang sedang hangat ketika ini.

Terdahulu, Presidennya, Gianni Infantino, berkongsi pelan jualan pegangan dalam Piala Dunia dengan subsidiari bernilai hampir RM81.6 bilion bagi menguruskan kejohanan terbesar dunia dan beberapa pertandingan lain, termasuk menawarkan sehingga 20 peratus pegangan kepada pelabur luar dari sektor swasta.

Ia, akan dikenali selaku FIFA Forward Enterprise (FFE), sebuah anak syarikat komersial bertujuan menguruskan hal-hal berkenaan.

Ini menimbulkan kritikan dan persoalan besar oleh beberapa persatuan, persekutuan dan konfederasi bola sepak serantau yang jelas menolak rancangan itu dan mendakwa Infantino mula "menjual maruah bola sepak demi keuntungan".

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Must Watch Video