Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King, muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Arctic apabila menumbangkan lawan dari Taiwan, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, di Energia Areena sebentar tadi.
Baru digandingkan buat kali pertama dalam kejohanan ini, beregu negara itu menumbangkan lawan demi lawan dengan rekod bersih tidak pernah kalah dalam mana-mana set.
Dan mereka mengekalkan kecemerlangan itu dalam aksi final, di mana mereka sentiasa mengawal rentak permainan sebelum mendapatkan dua mata terakhir bagi memenangi set pertama 21-19.
Beregu pecah ganding itu kemudian sekali lag1 mempamerkan penguasaan dalam set kedua dan walaupun lawan berhasil menyamakan kedudukan 13-13 dan 15-15, mereka kembali mendapatkan ketenangan mencatatkan kemenangan 21-19, sekali gus bergelar juara selepas bertarung selama 40 minit.