Gandingan negara, Syazirol Shamsudin-Rafiq Ismail, membutirkan emas ke-28 kontinjen negara dalam Sukan SEA Thailand 2025 sebentar tadi.
Ini selepas gandingan itu menewaskan wakil tuan rumah, Lapasdanai Chusaeng-Vilinkorn Kledkaew, 470-435 dalam aksi final di Bangkok.
Advertisement
Mereka memastikan kemenangan itu selepas satu lagi gandingan negara, Tun Ameerul Luqman Al Hakil Tun Hasnul Azam-Fan Yew Tsen, tewas kepada lawan sama di peringkat separuh akhir, sekali gus membawa pulang gangsa.