Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Skuad ekuestrian polo sumbang emas ke 56 negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Polo Malaysia

Skuad ekuestrian polo negara menyumbangkan pingat emas ke-56 kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA 2025 sebentar tadi.

Ini selepas pasukan negara menewaskan tuan rumah, Thailand, 10-6.5 dalam aksi final acara 4-6 goals campuran di VS Sports Club & Siam Polo Park, Samut Prakan.

Advertisement

Ia menyaksikan skuad negara melunaskan dendam selepas tewas 7-9.5 kepada lawan sama dalam pusingan awal sebelum ini.

Kontinjen negara kini mengumpulkan 56 pingat emas untuk menduduki tempat keempat keseluruhan.

 

Must Watch Video