Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Rui Jie-Nurqayyum Nazmi butir emas ke-55 kontinjen negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Terjun emas lelaki

Pingat Emas ke-55 Kontinjen negara dalam Sukan SEA Thailand 2025 datang dari kolam terjun apabila penerjun negara, Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi Nazim, mengungguli acara 3m papan anjal seirama lelaki di Bangkok sebentar tadi.

Rui Jie dan Nurqayyum Nazmi mengumpulkan 291.45 mata untuk muncul gandingan terbaik mengatasi pemenang pingat perak dati Thailand, Chawanwat Juntaphadawon-Thitipoom Marksin (277.56 mata).

Advertisement

Pingat gangsa pula menjadi milik wakil Vietnam Anh Tuan Dinh-Hoang Tu Dang dengan 264.75 mata.

Sebaga rekod, ia merupakan pingat emas kedua kem terjun negara dalam edisi ini selepas gandingan Nurul Farisya Alia Affendi-Nur Eilisha Rania Abrar Raj menjuarai acara 10m platform seirama wanita.

 

Must Watch Video