Skip to main content

Sukan SEA

(TERKINI) Sukan SEA Thailand: Grace Wong tepati ramalan emas! Pecahkan rekod temasya, kebangsaan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

grace

Jaguh negara, Grace Wong, menepati ramalan apabila memenangi pingat emas acara baling tukul besi wanita Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok sebentar tadi.

Hebatnya, Grace memenangi pingat emas itu dengan memecahkan rekod sukan SEA dan rekod kebangsaan, di mana dia melakukan balingan sejauh 65.41 meter dalam percubaan keempatnya.

Advertisement

Ia menyaksikan wakil negara itu memperbaharui rekod kebangsaan 63.53 meter yang dilakukannya dalam Kejohanan Olahraga Malaysia di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar pada Ogos lalu.

Grace juga memperbaharui rekod temasya, 61.87 meter, yang dilakukannya dalam edisi di Kemboja dua tahun lalu.

Sebagai rekod, ia merupakan pingat emas keempat Grace dalam Sukan SEA, yang turut dimenanginya dalam edisi 2017, 2021 dan 2023.

 

Must Watch Video