Malaysia melangkah ke separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah Sukan Asia untuk edisi sulung penganjuran sukan padel di Aichi-Nagoya, sebentar tadi!
Turun selaku bukan pilihan, gandingan beregu lelaki negara, Christian Chin-Aidan Yunus, mencipta kejutan menewaskan wakil Filipina dalam perlawanan penuh mencabar selama satu jam 47 minit.
Walaupun pertama kali diadakan, atlet negara yang melakukan debut tidak melepaskan peluang untuk berjuang habis-habisan bagi terus membawa harapan negara meraih pingat.
Untuk rekod, pertemuan lalu menyaksikan Jason Lapidus-Argil Canizares menumpaskan Christian dan Aidan, namun mereka berjaya membalas dendam penuh dramatik sebentar tadi.
1 jam 47 minit ⏰
Aidan Yunus & Christian Didier Chin cipta sejarah mara ke separuh akhir Padel berpasangan lelaki selepas atasi gandingan Filipina 2-1.
Ayuh Malaysia 🇲🇾
More on Nadi Arena hari ini 📺@ASTROARENA pic.twitter.com/litmEDQYQ3— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 1, 2026
Bertempur selama tiga set, kebangkitan oleh kedua-dua gandingan memberikan 'senaman jantung' buat peminat.
Meskipun sering kali ketinggalan, tetapi wakil negara tetap tidak mengaku kalah untuk kembali dalam permainan.
Mata-mata sengit pada set penentuan menyaksikan Christian dan Aidan tidak patah semangat untuk meraih kemenangan 2-1.