Atlet e-Sukan negara, Farish Luzman Muhammad Farid Sellekumar (Fluz-Siuuu) dan Muhammad Hariz Hazmi Hakimin (WPS Hariz) menyumbangkan pingat perak pertama negara menerusi acara eFootball di Aichi Sky Expo Hall D, sebentar tadi.
Gandingan duo itu terpaksa akur tewas 2-4 secara agregat dalam acara e-Sukan yang julung kali dipertandingkan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 itu.
Farish Luzman terlebih dahulu memenangi 2-1 selepas menewaskan Abolfazi Aghaeinasab menerusi kategori peranti mudah alih (mobile), namun Hariz Hazmi terpaksa akur tewas kepada juara dunia dua kali, Hassan Pajani 0-3 dalam kategori PlayStation 5 (console) sekali gus Malaysia tewas dengan agregat 4-2
Untuk rekod, ini merupakan pingat kedua negara menerusi e-Sukan, selepas emas pertama hadir daripada Taj Izrin Aiman Taj Madira yang menjuarai e-sukan Perlumbaan Gran Turismo.
