Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M.Thinaah, terpaksa akur tewas dalam perlawanan separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sekali gus menyumbangkan pingat gangsa kesembilan buat kem Malaysia.
Wakil negara di ranking kelima dunia itu tewas kepada wakil China, Liu Sheng Shu-Tan Ning, menerusi aksi rubber set, 16-21,22-20,21-12, dalam tempoh 1 jam 20 minit pertarungan.
Wakil negara ketinggalan dalam awal permainan kepada lawan di ranking nombor satu dunia itu, namun mereka kembali memperkemaskan corak permainan untuk mengakhiri set pertama dengan kemenangan 21-16.
Set kedua berlangsung sengit apabila kedua-dua beregu saling berkejaran mata demi mata hingga terikat 19-19, namun wakil China terpaksa akur tewas melawan 20-22.
Sheng Shu-Tan Ning lebih dominan dalam set penentuan dengan kemenangan 21-12 sekali gus meneruskan kemaraan mereka ke pentas akhir, sementara wakil negara terpaksa berpuas hati dengan gangsa.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih pingat menerusi acara beregu Wanita di Sukan Asia adalah menerusi Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang meraih gangsa dalam edisi di edisi Incheon pada 2014.