Gandingan beregu lelaki padel negara mecipta sensasi terbesar apabila layak ke final buat kali pertama dalam sejarah selepas menewaskan wakil Iran dalam tempoh hampir dua jam!
Dengan melepasi sasaran ke separuh akhir, bekas duo tenis-skuasy kebangsaan, Christian Chin-Aidan Yunus, berjaya ke penentuan pingat emas dalam penganjuran sulung sukan itu dalam temasya edisi kali ini.
🚨 TERKINI 🚨
Bekas pemain skuasy & tenis negara, Aidan Yunus & Christian Chin sah ke final Padel Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 acara berpasangan lelaki.
Ayuh Malaysia...!!! 🇲🇾@ASTROARENA pic.twitter.com/264KffJfUm— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) October 2, 2026
Farsad Shahi dan Amirmohammad Jamshidi terlebih dahulu mendominasi set pertama sebelum pemain kebangsaan mengorak langkah mengatur kebangkitan pada aksi berikutnya.
Dua kemenangan sekali gus mengiringi Christian dan Aidan ke perlawanan akhir sambil menanti lawan sama ada dari Qatar atau Iran pada esok.