Atlet wushu, Clement Ting, menambah koleksi pingat gangsa negara dalam Sukan Asia Aichi-Nagoya apabila menamatkan saingan Daoshu dan Gunshu lelaki di tempat ketiga sebentar tadi.
Clement memperoleh 9.690 mata dalam Daoshu sebelum meraih 9.713 mata dalam Gunshu untuk menghimpunkan 19.403 mata keseluruhan.
Ia merupakan pingat gangsa kelima kontinjen negara setakat ini.
Pingat emas dimenangi atlet China, Gao Xiao Bin, dengan 19.582 mata manakala atlet Korea Selatan, Lee Ha Sung, memenangi perak dengan 19.406 mata.
Gangsa kelima buat Malaysia ๐ฒ๐พ
Atlet wushu negara, Clement Ting Su Wei hadiahkan pingat Gangsa kelima buat Malaysia bagi acara Daoshu & Gunshu dengan kutipan mata 19.403 ๐ฅ
Tahniah...!!! ๐๐ผ@ASTROARENA pic.twitter.com/Ldyh4jwKeZโ Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) September 23, 2026