Tuan rumah, Jepun, memenangi pingat emas pertama Sukan Asia Aichi-Nagoya menerusi Takumi Hojo yang melakar kemenangan dalam acara triatlon individu lelaki sebentar tadi.
Kemenangan itu merupakan kalungan pingat emas pertama negara Matahari Terbit itu selepas Upacara Pembukaan yang berlangsung malam semalam.
Hojo keluar dari perairan Teluk Mikawa di kedudukan keempat dan menamatkan segmen berbasikal di tempat kelima, sebelum memecut jauh mendahului pesaing lain dalam acara larian untuk menang dengan kelebihan sembilan saat mengatasi Zhang Xirui dari China yang meraih perak.
Japan’s Takumi Hojo Wins Asian Games’ First Gold in Men’s Individual Triathlon#asiaone #asiaonenews #breakingnews pic.twitter.com/JFl1VrFcuC
— ASIA ONE NEWS (@AsiaOne_News) September 20, 2026
Arlan Zhanabay dari Kazakhstan menamatkan perlumbaan enam saat kemudian untuk memenangi gangsa.
"Saya benar-benar bersemangat, malah hujan tidak turun, dan saya berada pada tahap prestasi terbaik sehinggalah saya berdiri di garisan permulaan," katanya.
"Memandangkan ini adalah pingat emas pertama kami, ia memberikan suntikan semangat yang besar kepada pasukan Jepun.