Satu lagi pingat buat Malaysia! Adeola Fay Robert memastikan tuaian pingat kontinjen negara berterusan selepas menempah tiket ke final kumite wanita bawah 55kg di Aichi-Nagoya 2026 petang ini.
Dalam aksi separuh akhir yang cukup mendebarkan, Adeola menewaskan wakil Kazakhstan, Smasheva Bella, 5-4 untuk mengesahkan kemaraan ke pentas final.
Kemenangan tipis itu bukan sekadar tiket ke final -- ia turut menjamin sekurang-kurangnya pingat perak buat atlet karate negara.
Kini, hanya satu halangan terakhir memisahkan Adeola daripada emas Aichi-Nagoya.
🚨🚨🚨
TERKINI !!!!
Adeola Fay Robert ‘memastikan’ tuaian pingat kem negara berterusan selepas mara ke final kumite (-55kg).
3.20pm waktu Malaysia, pastikan anda bersama @ASTROARENA jadi saksi detik bersejarah 🇲🇾 pic.twitter.com/ZIEcefmcSs— karlnunis (@_karlnunis) September 22, 2026
Jangan ke mana-mana. Saksikan detik Adeola memburu emas dan jadilah saksi satu lagi detik bersejarah buat Malaysia di Aichi-Nagoya 2026!