Liga Super baru sahaja bermula dan kemeriahan kembali menemui peminat, namun drama melanda melibatkan satu perlawanan seawal minggu pertama.
Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, difahamkan pertembungan tuan rumah, Negeri Sembilan, melayani kunjungan Kuala Lumpur (KL) City terpaksa ditunda.
Setakat ini belum ada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak dan punca masih belum dikenal pasti.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dilaporkan bakal memuat naik pengumuman rasmi.
🚨🚨🚨
TERKINI !!!!
Difahamkan, LS1 Negeri Sembilan lwn KL City (5pm, Sabtu) DITUNDA.
Buat Jang & Milah sobar pengumuman rasmi MFL.@ASTROARENA pic.twitter.com/f5yfgyUF3E— karlnunis (@_karlnunis) August 22, 2026