Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Sah! Seorang lagi bintang JDT dapat kelulusan FIFA wakili Harimau Malaya

Azman
Advertisement

Satu lagi berita baik buat pasukan kebangsaan apabila bintang Johor Darul Ta'zim (JDT), Manuel Hidalgo, sah mendapat kelulusan daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk mewakili Harimau Malaya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman, dalam sidang media Kongres Luar Biasa FAM Kedua yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota sebentar tadi.

Advertisement

"Hidalgo baru sahaja mendapat kelulusan daripada FIFA semalam.

"Kami akan umumkan dalam masa terdekat," katanya.

Advertisement

FAM dijangka mengumumkan secara rasmi kepada umum esok.

Terdahulu, dua tonggak Harimau Selatan, Bergson da Silva dan Brad Tapp, turut layak menyarung jersi negara menepati syarat yang ditetapkan.

Difahamkan, pemain-pemain berkenaan bakal dipanggil memperkuat skuad negara menghadapi Piala FIFA ASEAN yang dijadualkan berlangsung 24 September hingga 5 Oktober ini.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video