Skip to main content

Bola Sepak

(TERKINI) Rasmi! Enam pemain Selangor tidak dapat sertai skuad kebangsaan

dd
Advertisement

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan seramai enam pemain Selangor yang telah disenaraikan memperkuatkan skuad kebangsaan tidak dapat menyertai pasukan berikutan masalah kecederaan.

Hanya Quentin Cheng akan menyertai skuad Harimau Malaya.

Advertisement


"Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan enam pemain Selangor FC yang disenaraikan untuk memperkuat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang China dan Yemen, 14 dan 17 November ini tidak dapat menyertai pasukan berikutan masalah kecederaan.

 

Advertisement

 

 

"FAM pada hari ini (Isnin, 9 November 2026) telah menerima surat rasmi daripada Selangor FC yang memaklumkan bahawa keenam-enam pemain berkenaan mengalami kecederaan selepas aksi separuh akhir kedua Piala FA menentang Kuching City FC, malam tadi (Ahad, 8 November 2026).
Enam pemain yang terlibat ialah:

1. Nooa Laine 
2. Ahmad Zikri Khalili 
3. A. Selvan
4. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
5. Syahir Bashah 
6. Harith Haiqal Adam Afkar

"FAM mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan menghormati situasi yang dihadapi oleh pihak kelab serta pemain terbabit.

"Sehubungan itu, Ketua Jurulatih Interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, telah memanggil lima pemain yang berada dalam Senarai Bersedia bagi mengisi kekosongan dalam skuad negara.
Lima pemain berkenaan ialah Suhaimi Husin – Terengganu FC, Safwan Mazlan – Terengganu FC, Dominic Tan – Sabah FC, Ariff Farhan Md Isa – Kuching City FC dan Syafiq Ahmad – Kuala Lumpur City FC." kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video