Skip to main content

Badminton

(Terkini) Piala Thomas: Leong Jun Hao tewas kepada Kodai Naraoka, Jepun dahului Malaysia

ljh

Malaysia ketinggalan 0-1 di belakang Jepun dalam aksi terakhir Kumpulan B, Piala Thomas apabila perseorangan utama, Leong Jun Hao, tewas kepada Kodai Naraoka.

Jun Hao pada awalnya memberikan tentangan sengit tetapi selepas ketinggalan 9-8 dalam set pertama, dia tidak lagi mampu mengejar mata lawan untuk akur dengan kekalahan 11-21.

Advertisement

Dalam set kedua, Jun Hao mengatasi mata lawan pada awal saingan tetapi sekali lagi, selepas terikat 9-9, dia membenarkan lawan memperoleh mata-mata mudah sebelum tewas 15-21.

Harapan Malaysia seterusnya digalas beregu lelaki, Aaron Chia-Tee Kai Wun, yang akan berdepan Kakeru Kumagai-Hiroki Shimogami.

 

Must Watch Video