Sekelip mata momen kegembiraan pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan 6-0 ke atas Singapura hampir menghadiahkan tiket perlawanan akhir Piala ASEAN FIFA, namun bertukar malang apabila Indonesia melakar kebangkitan penuh dramatik untuk menewaskan Bangladesh 9-2 malam tadi.
Dalam satu perkongsian di Instagram oleh Seasia Goal, pemain naturalisasi terbaharu negara itu tidak berselindung memberikan komen tentang situasi semasa.
Kenyataan penyerang berusia 35 tahun itu mendapat perhatian, sekali gus mengundang kecaman daripada peminat tuan rumah sehingga membanjiri komen serata media sosial.
Bergson Da Silva yang merekodkan hatrik semalam turut mempersoal spekulasi masa tambahan yang diberikan kepada Sang Garuda yang jelas merugikan Malaysia.
"Sepanjang kejohanan, mereka (Indonesia) terus diberi keuntungan.
Baca penuh:
Malaysia akan bertemu naib johan Kumpulan B bagi perebutan pingat gangsa.