Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron dan Lai Pei Jing juga berdepan tugas getir, bertemu pilihan utama kejohanan Badminton Terbuka Denmark, Feng Yan Zhe - Huang Dong Ping dari China.
Sayangnya momentum yang diterjemahkan di aksi suku akhir pada Jumaat gagal dibawa ke saingan separuh akhir ini.
Bertemu pasangan di ranking pertama dunia ini menguji prestasi sebenar pasangan negara yang bergelut di set pertama, ketinggalan 6-15 sebelum pasrah tewas 13-21.
Anak buah Ameer Zainuddin ini perkemas aksi di set kedua. Jurang pasangan negara yang mengisi ranking ke-51 dunia bertemu gandingan nombor satu dunia ini cuba untuk dikurangkan Pang Ron dan Pei Jing.
Hasilnya, gandingan negara berjaya menyamakan kedudukan 6-6, namun hanya untuk seketika sebelum gandingan China ini terus mendonia menamatkan cabaran wakil negara di separuh akhir menerusi kemenangan 21-13.