Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Ong Kim Swee sudah lapor diri di AMD

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DOKS

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, dilaporkan sudah mula bertugas di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Menurut wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Kim Swee kini difahamkan memegang jawatan Pengarah Teknikal AMD di bawah Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP).

Advertisement

Dalam pada itu, kekosongan jawatan Pengarah Teknikal NFDP pula dijangka akan diisi selepas selesai Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal NFDP pada 10 Disember ini dengan Datuk Richard Scully dikaitkan untuk mengisi kekosongan itu.

 

 

 

Must Watch Video