Skip to main content

Muay Thai

(Terkini) ONE Championship: Johan Ghazali tewas menerusi keputusan juri

jojo

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake, Tokyo, Jepun, sebentar tadi.

Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua petarung saling mengatur langkah dengan lebih berhati-hati dalam melakukan gerakan ke arah lawan.

Advertisement

 

 

 

 

Masuk pusingan kedua pula, petarung negara berusia 19 tahun itu lebih agresif mengatur serangan dengan beberapa siri tumbukan berjaya dilepaskan hingga menjatuhkan Shimon, namun pukulan petarung muay thai Jepun itu ke arah muka juga berjaya menjatuhkan Jojo yang kental bertahan hingga tamat.

Shimon lebih agresif menyerang dalam pusingan ketiga dengan beberapa tumbukan ke arah muka Jojo menyebabkan berlakunya pendarahan pada muka wakil negara itu yang tetap bersaing dengan semangat juang yang tinggi hingga berakhir tempoh pertarungan.

Kemenangan berpihak kepada wakil tuan rumah dan Johan tewas menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan.


Untuk rekod, daripada 12 pertarungan Jojo telah melakar lapan kemenangan dan empat kali tewas.

 

Must Watch Video