Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas dalam pertarungan berdepan lawan dari Lubnan, Ramadan 'The Scorpion' Ondash, dalam saingan The Inner Cirle di Stadium Lumpinee, Bangkok, sebentar tadi.
Kedua-dua petarung bermula garang dalam pusingan pertama apabila saling berbalas tumbukan dan tendangan sehingga berakhir tiga minit pertama.
Masuk pusingan kedua pula menyaksikan Ramadan agresif menyerang Johan dengan tumbukan padu, namun Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo itu terus bertahan untuk mengheret aksi ke pusingan ketiga.
Pusingan ketiga, giliran Jojo mengasak Ramadan, namun tiga pusingan berakhir tanpa mana-mana petarung knockout (KO).
Johan terpaksa akur tewas menerusi keputusan 'split decision' daripada juri selepas tiga pusingan.
Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kelima Johan dalam saingan One Championship selepas kali terakhir tewas kepada petarung Jepun, Shimon Yoshinari.