Skip to main content

Muay Thai

(Terkini) ONE Championship: Johan Ghazali cipta kemenangan kelapan, 'bantai' petarung dari Myanmar

jojo

Petarung muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, melakar kemenangan kelapan selepas menewaskan lawan dari Myanmar, Ye Yint Naung, menerusi keputusan juri sebulat suara selepas tiga pusingan dalam pentas ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, sebentar ini.

Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua petarung lebih berhati-hati dalam melepaskan pukulan sehingga berakhir tiga minit pertama.

Advertisement

Namun, babak kedua pula menyaksikan Jojo lebih agresif mengatur serangan demi serangan hingga mengakibatkan pendarahan di bahagian muka pihak lawan.

Pusingan ketiga pula wakil negara berusia 19 tahun itu lebih agresif menyerang untuk melengkapkan kemenangan kelapan dia dalam kategori flyweight.

Must Watch Video