Jaguh lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin, terus mengekalkan penguasaaannya dengan pingat emas dalam saingan Sukan SEA Thailand 2025 di Stadium Nasional Suphachalasai, Bangkok sebentar tadi.
Irfan melakukan lemparan sejauh 60.23m untuk bukan sahaja memenangi emas, bahkan turut memecahkan rekod temasya, 59.50m, yang dipegang Wong Tuck Yim dari Singapura sejak edisi di Brunei pada 1999.
Advertisement
Sebagai rekod, Irfan merupakan pemenang pingat emas lempar cakera buat tujuh edisi berturut-turut, bermula dengan edisi di Naypyidaw, Myanmar pada 2013.