Skip to main content

Sukan

(Terkini) Moto3: Hakim Danish juara GP Czechia!

Hakim Danish

Pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, muncul juara GP Czechia di Litar Brno sebentar tadi.

Hakim Danish sepatutnya bermula di petak kedua selepas turut memecahkan rekod terpantas sepusingan sepanjang zaman di Litar Brno sebanyak dua kali dalam sesi latihan bebas.

Bagaimanapun, dia dikenakan penalti 12 petak gara-gara dakwaan menunggang terlalu perlahan dalam sesi kelayakan.

Namun, ia bukan alasan untuk patah semangat. Hakim Danish mempamerkan tunggangan berani dan berkualiti tinggi sejak dari awal perlumbaan untuk menyertai kelompok depan bersama enam pesaing, yang jauh meninggalkan pelumba lain.

Sewaktu lap ke-10 Hakim Danish berhasil menempatkan diri ke tangga kedua dan selepas itu, dia kelihatan selesa berada di kedudukan ketiga dan keempat.

Strateginya untuk menyimpan kekuatan jentera pada lap terakhir berhasil, di mana Hakim Danish mempamerkan gerakan gila dengan membuka luas di sebelah kiri sebelum meluru masuk di ruang sempit selekoh sebelah kanan, sekali gus mendapatkan kedudukan pendahulu.

Selepas itu, jenteranya jelas terlalu kuat untuk dipintas pelumba lain untuk Hakim Danish bergelar juara.

Tempat kedua menjadi milik Brian Uriarte manakala Maximo Quiles ketiga.

Sebagai rekod, kali terakhir pelumba negara bergelar juara perlumbaan Moto3 ialah menerusi Khairul Idham Pawi dalam GP Jerman pada 2016.

 

 

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

New Balance 1000 - Grey

New Balance 1000 - Grey

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video