Skip to main content

Bola Sepak

(Terkini) Mehmet Durakovic sah milik Imigresen

ds

Imigresen dalam kenyataan rasmi hari ini mengumumkan pelantikan Mehmet Durakovic sebagai jurulatih baru pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pelantikan itu sekali gus menyaksikan bekas pengurus, Yusri Che Lah, akan berpisah selepas memacu pasukan itu musim lalu.

Kehadiran bekas jurulatih Selangor dan Perak itu semestinya akan meningkatkan motivasi Imigresen memandangkan Mehmet antara jurulatih yang mahir selok-belok bola sepak Malaysia.

"IFC dengan rasminya mengumumkan pelantikan Mehmed Durakovic sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2026/2027.

"Pelantikan ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen kelab untuk terus berkembang, memperkukuhkan daya saing serta mengangkat pasukan ke tahap yang lebih tinggi. Dengan pengalaman, kepakaran dan rekod yang dimiliki, pihak pengurusan yakin Mehmed mampu membawa dimensi baharu serta menyuntik semangat juang yang lebih kental dalam pasukan.

"Musim baharu membawa cabaran yang lebih besar, namun ia juga membuka ruang untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Dengan semangat, disiplin dan tekad yang sama, IFC akan terus melangkah ke hadapan demi merealisasikan cita-cita dan aspirasi kelab.

"Pihak kelab turut merakamkan penghargaan kepada Saudara Yusri Che Lah atas segala jasa dan komitmen beliau sepanjang bersama pasukan, serta mendoakan kejayaan berterusan dalam karier beliau.

"Kini tiba masanya untuk bersatu, berjuang dan melakar sejarah baharu. Perjalanan diteruskan, misi diperhebatkan." katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

Garmin Forerunner 70 / Forerunner 170 GPS Running Smartwatch

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

Shokz OPENRUN PRO 2 Open-Ear Bone Conduction Sport Headphones | Noise Cancelling | IP55 Waterproof | Superior Sound

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Nike Men's Mercurial Vapor 17 Pro Firm-Ground Low-Top Soccer Cleats - Multi-Color [IO8225-900]

Must Watch Video