Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Manchester United pecat Ruben Amorim serta merta

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

Amorim

Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, sah dipecat berkuatkuasa serta merta selepas 14 bulan mengendali gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu. 

Pengendali kelahiran Sepanyol itu mula mengambil alih The Red Devils selepas meninggalkan Sporting CP pada pertengahan musim lalu menggantikan Erik ten Hag.

Advertisement

Berdasarkan Transfermarkt, kontrak Amorim sepatutnya berakhir pada 2027.

Keputusan drastik itu juga terus menjadi tumpuan dunia sukan bola sepak antarabangsa dengan media terkemuka dunia termasuk wartawan, Fabrizio Romano, turut memaklumkan perkara sama.

Jurulatih berusia 40 tahun itu sebelum ini pernah mendedahkan kekecewaannya terhadap aspek teknikal pada sidang akhbarnya di Carrington pada hari Jumaat sebelum kunjungan ke Leeds United.

Club statement: Ruben Amorim.

— Manchester United (@ManUtd) January 5, 2026

Dia memenangi 24 daripada 63 perlawanannya dan hanya meraih 15 kemenangan dalam EPL.

United kini di tangga keenam dalam cartaselepas lapan kemenangan daripada 20 aksi musim ini. 

Bagi peminat di Malaysia, sudah semestinya tidak melupakan kehadiran Amorim bersama pasukan yang bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam satu siri jelajah pascamusim, Mei lalu.

Ke manakah hala tujunya selepas ini belum diketahui. Dan, siapakah calon kepada kerusi panas itu juga belum ditemui. 

Pihak pengurusan Man Utd memaklumkan bekas pemainnya, Darren Fletcher, bakal menggalas tanggungjawab selaku jurulatih interim buat sementara waktu.

Must Watch Video