Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI Kongres FAM: Ada bantahan, keputusan pemilihan dipersoal?

FAM

Status pemilihan Jawatankuasa Eksekutif bagi baki penggal 2025/2029 menjadi persoalan apabila Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, mengumumkan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan FAM tidak cukup kelayakan.

Ini menimbulkan persoalan sama ada Kongres Luar Biasa FAM Kedua yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota hari ini sah atau tidak.

Malah, terdapat surat bantahan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang diserahkan kepada Setiausaha Agung FAM pada 8 September lalu.

Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said didakwa tidak memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Statut FAM di mana jawatan tersebut perlu memiliki kelayakan guaman.

Mengikut Artikel 4.5 Kod Pemilihan FAM yang diluluskan pada Kongres FAM 4 Jun lalu, pengerusi dan timbalan pengerusi jawatankuasa pemilihan haruslah memiliki kelayakan undang-undang.

Bagaimanapun Windsor selaku pengerusi mesyuarat, berpendapat pemilihan tetap boleh berjalan, namun perwakilan yang mempunyai bantahan boleh mengemukakan rayuan. Ahli Mesyuarat juga bersetuju untuk meneruskan mesyuarat tersebut.

Drama itu turut dikongsikan oleh wartawan Astro Arena yang bertugas, Faizal Bazari, sambil menyatakan masih menunggu perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa.

Astro Arena dan Stadium Astro menanti perkembangan lanjut dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi wartawan di venue berkenaan ketika ini.  

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement