Isu jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sudah menemui titik noktah?
MSN menyambut baik hasrat semangat juara dunia itu untuk terus bertanding dan mewakili negara menjelang Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028 apabila dimaklumkan sudah menghantar surat rasmi memutuskan status Azizulhasni akan menyertai skuad kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari, juga mengarahkan MSN pada Mesyuarat Lembaga Pengurusan MSN pada 13 Ogos lalu untuk memastikan kesinambungan kelayakan atlet berbasikal trek negara pada temasya itu seterusnya mempertimbang kesesuaian pemenang Sukan Komanwel Glasgow 2026 itu untuk diserap semula dalam kem negara.
Sekarang, apa keputusan Azizuzlhasni?