Skip to main content

Sepak Takraw

(Terkini) ISTAF gantung lima pemain, dua jurulatih Thailand

aa

Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) hari ini mengambil keputusan untuk menggantung penglibatan lima pemain, dua jurulatih dan seorang pengurus pasukan Thailand sementara daripada menyertai semua aktiviti sepak takraw sehingga prosiding disiplin berhubung aksi final Piala Dunia 2026 baru-baru ini selesai.

Perkara itu susulan insiden kontroversi yang berlaku semasa perlawanan akhir final acara regu berpasukan, Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.

Antara lima pemain itu adalah Wichan Temkort, Jakkrit Thinbangbon, Phutawan Sopa, Sittipong Khamchan dan Chattuphon Siriart.

"Sepaktakraw dibina atas nilai hormat, disiplin, semangat kesukanan dan integriti. Setiap pemain, jurulatih dan pegawai pasukan yang menyertai pertandingan anjuran ISTAF mempunyai tanggungjawab untuk menjunjung nilai-nilai ini serta menghormati kuasa Pegawai Perlawanan dan Peraturan Pertandingan.

Permulaan prosiding disiplin ini mencerminkan komitmen ISTAF untuk melindungi integriti pertandingan yang dianjurkannya sambil memastikan setiap responden menerima perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah selaras dengan Peraturan Disiplin kami." kongsi Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video