Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan senarai calon yang telah disahkan bertanding dalam Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi baki penggal 2025-2029, yang akan berlangsung pada Kongres Luar Biasa FAM Kedua 2026 pada 17 September ini.
Terdahulu, kesemua Ahli Jawatankuasa Eksekutif yang lalu secara kolektif dan sukarela telah meletakkan jawatan mereka dengan serta merta pada Januari lalu.
Tumpuan juga terarah kepada kerusi presiden di mana tiada nama bekas penyandang, Tan Sri Hamidin Mohd Amin, merebut kembali posisi itu sebaliknya hanya dua nama disenaraikan iaitu Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan, menentang Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar.
Senarai penuh calon: