Johor Darul Ta'zim (JDT) sebentar tadi mengumumkan seorang lagi pemain baharu bagi memperkuat pasukan menjelang musim baharu yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Selepas beberapa spekulasi di media sosial sebelum ini, akhirnya Gabriel Palmero sah menjadi milik Harimau Selatan. Sebelum ini timbul persoalan dakwaan pemain kelahiran Sepanyol itu berlatih bersama JDT sebelum disahkan sendiri oleh kelab berkenaan.
Pertahanan berusia 24 tahun itu sebelum ini bergabung dengan Kuching City pada musim lalu sebelum kedua-dua pihak mengambil langkah penamatan kontrak secara bersama.
Palmero bersama enam lagi pemain terpalit dengan kes pemalsuan dokumen mewakili Harimau Malaya sebelum ini meneruskan penggantungan tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan rasmi dan tidak melibatkan semua aktiviti berkaitan bola sepak.
Ia, selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) menolak rayuan dan mengekalkan hukuman penggantungan 12 bulan meskipun dibenarkan beraksi seketika pada awal tahun sebelum meneruskan hukuman tersebut.
Gergasi Liga Super itu sudah menandatangani tiga pemain, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel, pada awal musim lalu.
Still only 24 and a left-sided player, Gabriel Palmero joins the Home of Champions 🔥
Welcome to Johor Darul Ta’zim FC!
Hidup Johor Demi Johor#WeAreAMovement#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#SouthernTigers#JewelOfTheSouth pic.twitter.com/vJJPRuLHUR— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 9, 2026